May 12, 2009

<3

jika hari ini kau ditinggalkan
jangan sesekali kau meninggalkan
kerana esok pasti ada yang datang
dan lusa akan ada yang sayang

selagi sayangmu belum mampu diluahkan
selagi itu kau belum cukup menyayangi
selagi itu dirimu harus lebih kau hargai
selagi itu dia tidak layak kau miliki

sekali kau ditanya adakah kau menyayangi
maka usah ragu-ragu jika ia benar bagimu
jika tidak kau dikata mengada-ngada
dan jual mahal tak bertempat

sekali kau diajak untuk bersama
maka usah cepat kau beri jawapan
jika tidak kau dikata gila
kerana bertindak begitu murah harganya

jika dia gagal melumpuhkan lidahmu
jika dia gagal membuntukan fikiranmu
dirinya belum menyentuh jiwamu
dirinya belum miliki hatimu

kalau sayang, lepas.. biar ia terbang
jika takdir telah menentukan
pasti perginya akan pulang
hanya penantianmu suatu penyiksaan


kekadang kita perlu melatih diri
memupuk kesetiaan tanpa sebarang janji
dengan itu kau lebih setia menyayangi
dengan itu tiada niat untuk mengkhianati

biar kau bukan yang terhebat dihatinya
asal kau terus setia dihatinya
nanti bila datang yang paling hebat
kau tetap lebih hebat miliki hatinya

cinta mengajar kita erti kedewasaan
nafsu mengajak kita bersikap keanak-anakan
sayang mengajar kita erti kesopanan
marah mengajak kita bersikap kebinatangan

biar kita tak miliki orang yang disayang
asal jangan lupa untuk terus menyayang
dan jangan lupa kau juga pasti disayang
kerana kau miliki sayang yang tidak dilafazkan...

No comments: