Rindu Cintaku nie merupakan sambungan daripada novel Fauziah Ashari yang sebelum nie [Ombak Rindu dan Cinta..Tiada Akhirnya..] yaty terbeli novel nie ari Jumaat ari tue kat Tesco..just nk isi hujung minggu yang mmg xda plan pape langsung..heheh..yaty start baca novel nie hari Sabtu malam around 10 pm...then dlm kol 4.00 am baru abis baca..hihi..
Rindu Cintaku ni mengisahkan bagaimana Izzah yang hilang ingatan berusaha untuk mengingati semula kehidupan dia di masa lalu disebabkan sering mengalami mimpi ngeri yang turut melibatkan Hariz. Hariz pula berusaha untuk membantu isterinya untuk mendapatkan memori lama tapi dalam masa yang sama dia tak mahu Izzah mengingati kejadian yang tidak elok yang berlaku keatas dirinya. Dlm pada itu berlaku juga beberapa konflik dalam kehidupan rumah tangga mereka.
Antaranya :-
~~kehadiran Hanafi @ Kelvin yang cuba utk memporak peranda kehidupan Hariz.
~~Elin yang cuba mendapatkan cinta dari bekas abg iparnya [Hariz]
~~Zulfaris yang jatuh hati pada Izzah.
~~Syamyl yang mencari-cari cinta utk dirinya selepas dikecewakan oleh Izzah & Suri.
~~Hazirah yang berubah laku selepas kematian anaknya Indah.
~~Hanafi @ Kelvin yang mengambil kesempatan ke atas kekeruhan hubungan antara Hazirah & abgnya [Hariz]
~~Mila Amylia yang mengalami konflik ngan ibu mertua nya
Apakah yang terjadi pada mereka semua??Berjayakah Izzah untuk mengingati semula memori lamanya??Akan bahagiakan Izzah dan Hariz bersama selamanya??Bagaimana pula dgn Elin yang ingin mendapatkan cinta Hariz??Apa perasaan Mila bila mengetahui yang adik tirinya selama ini menyimpan perasaan terhadap bekas suaminya itu??Apa yang terjadi kepada Hanafi @ Kelvin dan Hazirah??Adakah Syamyl berjaya mendapatkan cinta untuk dirinya??
Baca lah novel nie kalo korang sume nk tau kesudahan dia..tapi mmg takkan menyesal beli novel nie..mmg best sgt..!!Harga dipasaran hanya RM23.90..
1 comment:
cerita dia sedih giler.....
Post a Comment