January 23, 2009

KFC - perlu di boikot or tidak??

erm.. skang nie kan mcm ngah musim utk memboikot kan.. so mmg byk lar emel yg ai dpt utk list2 produk yg perlu di boikot.. msing2 ad pendapat memasing kan sama ada nk boikot or x kan..?? so terpulang kat diri memasing.. cm okeh gak kan.. leh kawal napsu shopping n makan segalanya lar.. package.. jimat duit ai.. hehhe..

nie slh 1 emel yang my frens 4ward kan.. so terpulang pada diri memasing utk pikir yer.. ai just copy n paste jerk.. :)

salam semua...

tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC.
banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata
"baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah
banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan
segenap lapisan masyarakat.

untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd.
Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak
tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah
milik malaysia . Tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel.
KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan
nama sahaja.

akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation,
pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US . ini adalah usaha
yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang
mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga,
dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh
itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada
orang islam malaysia ?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini.
diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa
sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.
inilah dinamakan Jihad Bisnes.


sekian.



kat emel yg dpt nie dia gtau yg emel nie from Halal Executive Audit, KFC Holdings (M) Bhd.. so terpulang kat kte utk boikot or x.. yaty sndiri so far da x pegi lagi.. wpun cm terliur je kan tgk iklan ZINGER TOWER KFC tue.. hiks.. =p

dlm minggu nie da 2x g alamanda.. kosong je KFC, Pizza Hut, Rasa Mas, MCD... blh dikire ngan jari bape org je yang duk makan kat c2... kalo x, pantang hari dapat gaji.. mmg rmai yang Q bersusun2 dpn KFC, Pizza n MCD.. :)


*** ai boikot mane yg mmpu jer.. if da slesa ngan 1 produk tue.. x boikot kot.. yg lelain tue cuba sedaya upaya utk x bli produk dorang..

No comments: