February 27, 2008

[..Orang yang Mencintai Kamu...]

1. Org yg mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa, dia tidak peduli. Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasakan berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini.

5. Jika kamu menyambut hari ulang tahun kelahiran mu dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirimkan SMS.

6. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.

7. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya, kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya.

8. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu. Kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

10. Orang yang mencintai kamu ingin selalu berada dekat dgn kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

11. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu, dan jauh dihatinya dia takut kehilangan kamu.

12. Kalau kamu melihat handphone nya, maka nama kamu menghiasi sebahagian besar INBOXnya. Dia masih menyimpan SMS2 dari kamu walaupun SMS tersebut kamu kirimkan berbulan-bulan yang lalu.

13. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

14. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan menunggu kamu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu..!!

15. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya alasan dan sebab, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya, saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu CINTA.

No comments: